Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Al-Fatihah~
Friday, June 18, 2010 • 2:05 PM • 0 comments

Dua Sahabat Mati Lemas Kereta Terhumban Ke Dalam Parit

SABAK BERNAM, 17 Jun (Bernama) -- Dua sahabat maut akibat lemas selepas kereta yang dinaiki terhumban ke dalam sebuah parit di Kilometer 59, Jalan Teluk Intan-Klang di Sungai Nibong di sini kira-kira pukul 7.50 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad berkata kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Shafiq Hafiz Razali, 21, iaitu pemandu kereta dan penumpang di sebelahnya, Khairunnisa Zul Fakar, 18.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai maut apabila tersepit dan terperangkap dalam kenderaan mereka, yang terbabas dan terhumban ke dalam parit dipenuhi air dan lumpur.

"Siasatan awal mendapati kenderaan jenis pelbagai guna itu dinaiki empat sekawan iaitu seorang lelaki dan tiga wanita, dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Politeknik Sungai Lang di Sabak Bernam," katanya di sini pada Khamis.

Noor Mushar berkata dua lagi rakan mangsa iaitu penumpang di tempat duduk belakang, Nur Azira Mohd Hamidi, 20, dan Riri Pazrin Abdul Aziz, 22, berjaya diselamatkan oleh penduduk berhampiran dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kita difahamkan kesemua mereka menuju ke politeknik berkenaan untuk menghantar laporan industri milik seorang daripada mereka yang belajar di situ," katanya.

Beliau berkata beberapa saksi memberitahu sebelum kejadian pemandu kenderaan terbabit dilihat seperti hilang kawalan serta beberapa kali bergerak ke kiri dan kanan sebelum terbabit dalam kemalangan.

Noor Mushar berkata jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sabak Bernam di sini untuk bedah siasat.



np wa paste ni? sbb diorg kawan saya. riri(atau diknali sbgai didie) tu ade bukak kedai kat Metro Point~ kedai kasut kat tingkat 2. zira tu adik die. nisa tu pekerja kat kedai riri(didie). shafiq tu plak bf nye si nisa ni. keje kat metro point jugak. kat Al-Ikhsan.

menurut cerita ayah kepada arwah shafiq, malam sebelum berangkat arwah beria2 membasuh kereta. dia sanggup menolong kawannye untuk menghantar adik riri. SAHABAT! itu la SAHABAT.

tp semua ni da takdir. Allah swt da tetapkan cara kita ditarik nyawa. cuma kita je tak tahu.


xoxo, The Shining Star



Disclaimer

LobLob Dhia
Hi,im nasha aziz eh? DHIA. 24 Y.O, pendek, hidung kemek! love you if you love me more! enuff fer that



« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board

. .
Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : LobLob
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google