Dashboard | +Follow
Like A Paradise
'Matikan Messi'
Thursday, June 17, 2010 • 9:33 PM • 0 comments

JOHANNESBURG - 'Matikan langkah Lionel Messi'.

Itu misi Korea Selatan bagi merealisasikan impian untuk melakar kejutan ke atas Argentina pada perlawanan kedua Kumpulan B malam ini.

Messi yang merupakan Pemain Terbaik Dunia 2009 telah mempamerkan aksi luar biasa ketika Argentina menewaskan Nigeria 1-0, Sabtu lalu biarpun dia gagal menjaringkan gol kerana dinafikan ketangkasan penjaga gol, Vincent Enyeama.

Pemain Manchester United, Park Ji-sung yang dianggap ancaman utama buat Argentina berkata, pasukannya perlu sentiasa berwaspada dengan pergerakan Messi.

"Dia (Messi) cukup berbahaya manakala Argentina pula salah satu pasukan terbaik di dunia. Tapi Korea Selatan juga sedang berada pada prestasi terbaik. Kami akan bertahan dengan baik dan melakukan serangan balas.

"Semangat berpasukan kami juga tinggi selepas menang perlawanan pertama. Kami akan berdepan Argentina dengan penuh yakin," kata Ji-sung.

Menurut Ji-sung, jurulatih Argentina, Diego Maradona telah membuat pelbagai persiapan dari segi taktikal dan mereka perlu sentiasa waspada dengan setiap pergerakan lawan mereka itu.

Menjelang aksi dengan Korea Selatan malam ini, Maradona dijangka membuat satu perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan pemain tengah Liverpool, Maxi Rodriguez bakal menggantikan Veron yang bergelut dengan kecederaan betis.

Korea Selatan kini mendahului Kumpulan B berdasarkan kelebihan jaringan selepas mereka menewaskan Greece 2-0 pada Sabtu lalu. - AP


hahahah~~ memang ta la kan~~ ta mungkin la my <3>argentina aku tu kalah ann~~

so..... korea... sorry! korank kne trime kenyataan yg argentina mmg terror.. tq korea~

argentina balun korea 4-1 sejak kol 7.30pm (waktu malaysia)~ 17 june 2010


~melapor: dhia messi~


xoxo, The Shining Star



Disclaimer

LobLob Dhia
Hi,im nasha aziz eh? DHIA. 24 Y.O, pendek, hidung kemek! love you if you love me more! enuff fer that



« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board

. .
Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : LobLob
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google