Dashboard | +Follow
Like A Paradise
mogok!
Friday, May 20, 2011 • 9:17 AM • 0 comments

Sebahagian pekerja dan wakil syarikat kontraktor mengadakan bantahan secara aman terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor mahu menamatkan kontrak pembersihan di Kajang semalam.

KAJANG 19 Mei – Kesemua 118 kontraktor pembersihan di kawasan Hulu Langat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan mogok sekiranya kerajaan negeri Selangor tetap dengan keputusan mengambil alih peranan mereka.

Pengarah Konsortium Hulu Langat Jati Sdn. Bhd., Razali Nasir, 57, berkata, keputusan penamatan kontrak itu bukan sahaja menyebabkan lebih 2,000 orang pekerja akan kehilangan pekerjaan tetapi juga membunuh ekonomi hampir 90 peratus kaum bumiputera yang selama ini mencari rezeki menerusi kontrak tersebut.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan negeri diminta mempertimbangkan semula keputusan itu demi memastikan nasib dan masa depan mereka terbela.

“Sekiranya tindakan itu diteruskan ia hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, tetapi bukan kepada rakyat. Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan, sebaliknya lebih kepada kepentingan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai sesi bantahan secara aman melibatkan lebih 50 wakil kontraktor pembersihan bagi daerah Hulu Langat dan pekerja mereka di sebuah hotel di sini hari ini

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan kerja-kerja pembersihan longkang, padang dan jalan raya di negeri ini diambil alih semula oleh PBT daripada Alam Flora Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Razali berkata, mereka berharap untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan isu tersebut.

Bagi Mohd. Zin Isa, 50, kesemua kontraktor terlibat bukanlah baru dalam bidang tersebut sebaliknya mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dan sekiranya tindakan itu benar-benar terjadi ia sudah tentu mendatangkan kerugian besar kepada mereka.

Menurutnya, apa yang dimaklumkan, pada 25 Mei ini, tender akan mula dibuka dan jika dihitung, hanya 50 peratus daripada 118 kontraktor boleh memohon dan hanya 10 peratus mempunyai peluang memperoleh tender tersebut.

“Setahu kami banyak kawasan baru dibuka di sini dan mengapa tidak tender itu dibuka kepada kontraktor baru dan mengekalkan kami sebagai kontraktor di kawasan sedia ada,” ujarnya.

Pendapat Mohd. Zin turut dipersetujui Mohd. Rafik Maeni, 56, yang sudah hampir 18 tahun terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di daerah Hulu Langat.

“Sebagai kontraktor berpengalaman, kami memiliki segala kemudahan infrastruktur dan keupayaan,” katanya.


ta nampak ke? hee.. ^___^ sbb copy paste dari web. try la ctrl+A.

berdasarkan berita kat atas, aku ta berani la cakap pape. tapi memang la. sejak aku kerja dalam sektor ni, payment susahhhhhhh sangat nak dapat... yelaa. kalo payment tak dapat , camne nk rolling modal.. gaji pekerja,, pinjaman pekerja.. kerosakan kenderaan lagi,,, iskk! makan modal besar.. sekurang-kurangnya kalau payment dapat setiap bulan, senang la nak rolling.. betul x? cian ayah saya.. ke hulu ke hilir cari duit nk rolling duit balik~ T_____T



xoxo, The Shining Star



Disclaimer

LobLob Dhia
Hi,im nasha aziz eh? DHIA. 24 Y.O, pendek, hidung kemek! love you if you love me more! enuff fer that



« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board

. .
Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : LobLob
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google